My Little Princess, Rania

Telah timbul persoalan aurat gambar kanak-kanak perempuan yang belum baligh untuk di paparkan di Internet. Perkara ini sebenarnya tidak sukar sehingga memerlukan seorang mufti ataupun mujtahid untuk menjawabnya sekiranya anda tahu apa dia aurat kanak-kanak.

Panel Fiqh Laman al-Fikrah.Net di dalam menjawab isu ini,

dibolehkan untuk mempamerkan gambar tersebut. Ini kerana kanak-kanak tidak mempunyai aurat melainkan kemaluan di sisi Syafi’iyyah. Ianya tidak boleh dilihat sama ada bayi lelaki atau perempuan kecuali darurat.

Sekiranya kanak-kanak perempuan yg belum baligh boleh bermain-main di kawasan terbuka tanpa memerlukan mereka menutup aurat seperti wanita muslim biasa, apatah lagi gambar mereka di ambil semasa hari raya dan lain-lain, maka apakah FB dan Internet menjadi isu lagi?

Cabaran Belajar

March 29, 2010

Saya gemar membaca dan membuat ulang kaji di ruang tamu sebab keadaannya yang luas, saya kurang gemar membaca di dalam bilik, tambahan pula kami tidak mampu untuk menyediakan bilik membaca yang besar.

Oleh itu biasanya pada hujung minggu, meja ruang tamu (coffee table) akan menjadi seperti gambar di atas. Pada saya, inilah sebuah pemandangan yang amat indah – tapi malangnya tidak pada isteri saya.

Jika boleh saya ingin kekalkan keadaan di atas sekurang-kurangnya untuk satu hari, tapi biasanya dua orang insan yang akan menghalang saya daripada berbuat demikian ialah isteri saya dan anak lelaki saya yang berumur 6 tahun itu. Sekiranya anda perasan, ada sebuah kamus di dalam gambar di atas yang sempat menjadi bahan seni oleh anak saya.

Itulah cabaran belajar bagi mereka yang telah berkeluarga.