Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘za’ba’

Kehabisan Stok Minyak Masak? – Cubalah buah-buahan

Januari 8, 2008 · 1 Komen

Rata-rata rakyat Malaysia bersikap proaktif di dalam menangani masalah minyak. Jika mereka takut minyak naik harag esok, maka akan berduyun-duyunlah mereka beratur di stesyen minyak pada malam harinya. Dan jika mereka takut minyak masak kehabisan stok, maka mereka akan membelinya berbotol-botol sehingga tiada lagi bekalan untuk orang lain pula. Apabila orang ramai mengeluh kerana tidak mendapat bekalan minyak masak, maka disalahkan kerajaan pula dan bukannya tokey kilang minyak atau saudara mereka yang telah membelinya secara berlebihan hingga menjejaskan bekalan barangan itu dipasaran.

Adalah menjadi amalan rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya untuk menyalahkan kerajaan atau pihak-pihak lain apabila mereka ditimpa kesusahan. Budaya menunding jari dan tidak mahu berusaha mencari penyelesaian telah digambarkan dengan baik oleh Pendita Za’ba sebagai berikut:

                                          Pendita Za'ba

“Mereka sentiasa berkehendakkan pertolongan orang lain dan selalu tertadah-tadah; sekiranya kerajaan atau orang besar-besar mahu menolongnya.

Misalnya (pada perkara dunia) jika hendak memasukkan anak ke sekolah rendah atau tinggi, maka sentiasalah mereka hendak mendapat ‘free’, atau mereka terharap-harap mendapat pertolongan kerajaan akan memberi ’scholarship’ kepada anak itu. Jika tidak ‘biasasiwa’ tiadalah upaya mereka membelanjainya, kerana mereka miskin dan sentiasa mengaku tiada tahu berusaha dan tiada pandai berikhtiar mencari wang sendiri atau berjimat-jimat mengumpulkannya untuk membelanjai sendiri anak-anak itu ke sekolah. Sebab itu, “Tolonglah!” -  Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, Pendita Za’ba.

Maka seperti halnya yang berlaku di dalam kes kekurangan gula dan kenaikan harga tepung tahun lalu, sikap seperti ini lah yang terus diamalkan oleh sesetengah rakyat Malaysia yang tidak mahu berusaha sendiri dan menghadapi hakikat ekonomi pada zaman materialistik hari ini.

Bukankah lebih mudah jika mereka kurangkan pengambilan gula, penggunaan minyak masak dan tepung, dan kurangkan berjalan ke shopping complex lalu selesailah masalah ini dan mungkin juga stok minyak dan tepung akan kembali menimbun sehingga harganya terpaksa diturunkan pula.

Kategori: fikrah
Tagged: , ,