Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘wang’

Pengalaman Berurusan Online

November 5, 2008 · Tinggalkan Komen

Minggu lepas adalah kali pertama saya cuba berurus niaga secara online. Saya sedang cuba membeli kamera 2nd hand melaui beberapa forum dan iklan di internet. Setelah berkenan dengan barang yang hendak dibeli, saya pun menghantar mesej kepada penjual.Kemudian berlakulah beberapa kali tawar-menawar melalui sms, sehingga kepada satu harga yang dipersetujui akhirnya kami pun bersetuju untuk berjumpa.

Malangnya keesokan harinya ketika saya cuba confirm tempat untuk perjumpaan saya telah diberitahu kamera itu telah dijual kepada orang lain.  Hal ini berlaku dua kali kepada saya dalam minggu yang sama, dan saya berasa sangat kecewa. Saya tidak pasti adakah perkara ini biasa sahaja berlaku di dalam urusniaga online di mana orang lain boleh sahaja beat harga yang telah kita tawarkan walaupun kita telah ada perjanjian dengan penjual pada awalnya.

Kategori: Islam · semasa
Tagged: ,

Wang atau Masa?

Ogos 25, 2008 · 4 komen

Yang manakah lebih berharga, wang atau masa? Mungkin jawapannya perlu dilihat kepada situasi.

Baiklah, bayangkan anda mempunyai sebuah kerja yang stabil di KL dan telah pun berkhidmat selama hampir 7 tahun. Akan tetapi seperti insan lain, anda juga inginkan sebuah rumah dua tingkat yang mampu dimiliki, maka pilihan yang ada ialah dengan membelinya di luar kawasan KL. Malangnya dengan sebab itu anda terpaksa bermusafir sejauh 40KM dari rumah untuk ke ofis yang memakan masa perjalanan hampir sejam. Maknanya anda telah menghabiskan 2 jam daripada hidup anda setiap hari di atas jalan. Anda juga terpaksa keluar awal pagi untuk ke ofis, dan bertempur dengan hampir sejuta kenderaan yang berpusu-pusu memasuki pusat bandar. Situasinya sama disebelah petang di mana pertarungan di atas jalan antara pemandu bongkak, pentingkan diri sendiri dan pemandu pengecut dan baik hati berlaku. Selalunya anda juga akan berasa sangat letih apabila sampai di rumah sehingga apa yang terbayang di fikiran anda hanyalah katil. Anda sudah tidak bertenaga untuk melayan kerenah anak-anak, apa lagi mengorbankan tenaga dan masa rehat untuk ke surau.

Nah, bayangkan pula anda mendapat tawaran untuk bekerja di organisasi lain yang lebih dekat dengan rumah anda, kira-kira 15 KM sahaja. Malangnya menawarkan pangkat yang sama dan dengan nilai gaji yang sedikit rendah daripada apa yang anda nikmati sekarang. Akan tetapi anda dapat menjimatkan masa untuk ke tempat kerja, malah jimat petrol. Maka dengan ini anda punya banyak masa untuk keluarga dan agama. Walaubagaimanapun anda tidak pasti dengan nasib anda di organisasi baru, sedangkan anda telah membina jaringan yang cukup utuh di organisasi sekarang sehingga anda masuk lewat pun tiada siapa yang kisah. Risiko di tempat kerja baru sangat merungsingkan fikiran anda.

Apapun, persoalan yang saya utarakan di atas amat sukar untuk di jawab sekiranya anda tidak pernah meletakkan misi atau matlamat hidup. Kegagalan meletakkan matlamat hidup akan menyebabkan anda buntu untuk membuat keputusan.

Jawapan untuk situasi di atas juga perlu dilihat kepada siapa, bujang atau berkahwin, suami atau isteri. Saya telah pun membuat keputusan, sekiranya anda bagaimana?

Kategori: family · rohani · semasa
Tagged: , ,