Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘raya’

Bila Kanak-Kanak Mengumpul Duit Raya

Oktober 7, 2008 · Tinggalkan Komen

Ziarah Ke Sri Manjung

Menziarahi saudara-mara di Manjung, Perak.

Ustaz Zaharuddin di dalam artikelnya Mercun, Ucapan Maaf dan Duit Raya telah memberikan sebuah pandangan yang baik mengenai persoalan duit raya. Beliau menulis

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Saya sependapat dengan beliau mengenai pro dan kontra di dalam persoalan duit raya ini. Saya juga pernah mendengar Dr Mohd Asri memberitahu di dalam kuliahnya bahawa duit raya ini sekadar untuk menimbulkan suasana gembira di hari raya, dan saya juga sangat setuju dengan beliau.

Di dalam artikel yang sama Ustaz Zaharuddin menulis

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya’.

Saya bersetuju sekiranya duit raya itu diberikan ketika berlakunya ziarah sesama kaum keluarga, saudara -mara malah sahabat-handai. Iaitu turut hadhir bersama di dalam aktivit ziarah ini ialah kedua-ibu bapa dan anak-anak mereka.

Yang menjadi masalah ialah apabila kanak-kanak berama-ramai tanpa mengira umur berkonvoi ke rumah entah siapa untuk mengumpul duit raya tanpa ditemani orang tua mereka. Saya berpendapat budaya ini perlu dihentikan kerana ia tidak menepati objektif ziarah. Umum mengetahui matlamat utama kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti ini hanyalah untuk mengumpul duit raya, seakan peminta sedekah pula – mengumpul wang dengan cara yang mudah.

Dan mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Ustaz Zaharuddin apabila menulis mengenai keburukan duit raya di dalam artikel yang sama

Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Wallahu’alam

Kategori: Islam · semasa
Tagged: , ,