Entries tagged as ‘politik’

Bukan sekali saya berhujjah dengan ahli-ahli PAS, yang mana mereka gagal memaparkan akhlak seorang Muslim yang duduk di bawah payung parti yang melaung-laungkan perjuangkan al-Quran dan Sunnah.
Pengalaman berkali-kali di dalam berhujjah yang mengecewakan ini menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti PAS. Ketidakupayaan Kepimpinan PAS untuk membimbing sesetengah ahi-ahlinya dengan ‘adab dan akhlak yang telah diterangkan melalui al-Quran dan Sunnah menyebabkan parti itu berada sama level dengan parti politik yang lain di negara ini.
Kategori: Islam · fikrah · politik
Tagged: akhlak, Islam, politik
Mei 11, 2009 · 2 komen
Saya menyokong penuh tulisan Dr Mohd Asri di dalam kolum tetapnya yang antaranya menyebut
Saya berpendapat perbahasan; samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting kita hendaklah jelas; apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.
Dalam melaksanakan maksud ini, hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.
Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :
“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).
Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.
Rujuk: http://drmaza.com/home/?p=605
Saya juga yakin para penyokong tegar parti-parti yang telah tertutup hati dan mindanya pasti tidak akan bersetuju dengan pendapat Dr Mohd Asri. Walaubagaimanapun saya yakin mereka yang dari kalangan Umat Islam yang sayangkan Islam lebih daripada parti politik dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain pasti akan turut bersetuju dengan beliau.
Kategori: Islam · fikrah · politik
Tagged: Dr Mohd Asri, Islam, politik
Mac 26, 2009 · 5 komen

Khairy Ketua Pemuda Umno Yang Baru
Beberapa tahun dahulu saya melihat kepetahan beliau di dalam membincangkan isu ekonomi di dalam sebuah rancangan berbahasa Inggeris terbitan TV3, dan ketika itu saya amat kagum dengan pemikirannya dan gaya beliau di dalam menyampaikan idea-ideanya. Saya berkata di dalam hati saya, inilah darah muda yang ditunggu-tunggu untuk merubah UMNO yang sudah terlalu lama ditunjangi oleh orang-orang tua yang tidak berdaya membawa arus perubahan.
Kategori: politik
Tagged: politik, UMNO
PBB setuju adakan sesi khas bincang (borak kosong) kekejaman Israel di Gaza

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengadakan perhimpunan khas hari ini bagi membincangkan kekejaman Israel di Palestin seperti yang diminta Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim, berkata Wisma Putra dimaklumkan mengenai perkara itu malam tadi.
Rujukan: Berita Harian
Komen:
Seperti biasa Persatuan Borak dan Bincang (PBB) akan mengadakan sesi borak dan gelak diselang-seli dengan makan- minum percuma yang ditaja sepenuhnya oleh negara-negara dunia. Akhirnya sebuah kertas-kerja cadangan damai versi ke 1000 akan dikeluarkan sebagai bukti perbincangan pernah diadakan.
Kategori: Islam · semasa
Tagged: Islam, politik

Lebuh Acheh - in 'Arabic Language
Akhbar The Star menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan ‘Arab

Lebuh Acheh in Chineese
Ironinya akhbar Utusan Malaysia pula menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan tulisan cina.
Walhal keadaan sebaliknya yang patut berlaku, iaitu akhbar The Star yang didominasi para pekerja oleh golongan cina menyiarkan gambar papan tanda jalan yang dialih bahasa cina – untuk menunjukkan rasa bangga bangsa mereka, dan akhbar Utusan Malaysia pula yang lebih popular dikalangan orang melayu menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan bahasa ‘arab – kerana bahasa ‘arab ialah bahasa utama umat Islam berbanding tulisan jawi yang sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Yang menghairankan ialah keadaan sebaliknya pula yang berlaku.
Kategori: politik · semasa
Tagged: Islam, politik
Oktober 30, 2008 · 4 komen
PULAU PINANG 24 Okt. – Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja <Utusan>
Komen:
Saya tidak nampak masalahnya, kalau Selangor boleh letak tulisan jawi pada nama jalan, mengapa tulisan cina/tamil tidak boleh? Tulisan jawi tidak ada kena mengena dengan Islam pun, ianya tetap menggunakan bahasa melayu, bukan bahasa ‘arab.
Jika hendak berlaku ‘adil, maka hendaklah consistent menggunakan bahasa melayu dengan tulisan rumi, janganlah ada setengah negeri guna tulisan jawi pula, kerana ini hanya akan menimbulkan kekeliruan.
Kategori: Islam · politik · semasa
Tagged: Islam, politik
September 18, 2008 · 1 Komen

Baru-baru ini, laman al-ahkam.net menyiarkan sebuah artikel bertajuk Gejala Taksub Kepada Dr Mohd Asri (MAZA) ? yang diambil daripada sebuah laman web parti politik di negara ini. Artikel ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada ahli-ahli forum. Saya tidak mahu memberi komen di forum berkenaan kerana rasanya padangan saya tidak selari dengan beberapa panel fiqh di situ. Di bawah ialah sedikit daripada isi kandungan artikel berkenaan yang saya agak kurang senang membacanya, beliau menyebut
Tokoh seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin lebih dikenali sebagai tokoh fardhi (individu) bukan jamaie (kumpulan) ini disebabkan kononnya fahaman salaf itu tidak boleh berorganisasi disebabkan pendapat sesetengah mereka yang termakan ubat bius kejahilan yang menganggap ianya bid’ah.
Disebabkan berorganisasi itu bid’ah maka kefahaman salafi yang dibius ini menganggap salafi mesti bergerak sebagai individu dan berjalannya kefahaman salafi itu mesti dengan bekerjasama dengan pihak pemerintah yang sekalipun zalim dan mencapai tahap taghut.
Di tempat lain pula beliau menyebut,
Seruan kepada peribadi seperti mengajak para pemuda dan pemudi meminati Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai langkah berdakwah konon untuk mendekatkan para pemuda kepada jalan salaf soleh bukanlah cara yang baik dan tepat. Sebaliknya membawa para pemuda terus mendekati isi kandungan dakwah melalui contoh teladan dan juga isi dasar kandungan kitab dan sunnah itulah yang terbaik.
Mengikuti Dr Mohd Asri tidak menjamin apa-apa keselamatan di sisi Allah swt sebaliknya mengikuti kebenaran yang dibawa oleh para ulama termasuk apa-apa yang benar yang dibawa oleh Dr Mohd Asri itulah yang dapat membawa kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.
Rujukan asal artikel: pemudapasseremban.net
Artikel di atas seakan-akan mempunyai niat yang baik, malangnya tulisannya bercampur-baur dengan beberapa tuduhan yang tidak sepatutnya, malah penulis seakan-akan menyeru umat Islam supaya mengikuti jema’ah politik yang dianutinya pula.
Saya yakin, sekiranya seorang murid/ pengikut Dr Mohd Asri menulis sebuah artikel bertajuk Gejala Taksub kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz pastinya akan mendapat tentangan yang cukup hebat daripada pengikut-pengikut mursyidul am itu, malah mungkin daripada penulis artikel berkenaan.
Sekiranya kita ikhlas hendak menasihati umat Islam untuk tidak taksub kepada seseorang tokoh ulama, sebaiknya tidak perlu disebut namanya malah tidak perlu diletakkan namanya sebagai tajuk utama. Ironinya pengikut TG Hj Nik Abd Aziz lebih ramai jumlahnya daripada peminat Mufti Perlis itu, tetapi tiada siapa pula yang bimbang atau khuatir akan terjadinya taksub kepada Mursyidul Am PAS itu. Apakah mungkin hal itu dibenarkan keranan tokoh ulama’ berkenaan berada di dalam jema’ah yang diredhai penulis (artikel) ?
Kategori: Islam · semasa
Tagged: Dr MAZA, Dr Mohd Asri, PAS, politik, Taksub