Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘motivasi’

Khuatir Hal Remeh

September 6, 2008 · Tinggalkan Komen

Suatu hari ketika saya dilanda kesedihan dan kerunsingan, saya telah membuka buku 366 esey untuk motivasi diri yang telah dihadiahkan kepada saya oleh staff KYPM kerana terpilih sebagai pelajar terbaik matrikulasi dahulu. Saya kemudiannya menyelak buku berkenaan dan terbaca sebuah petikan yang menarik,

Saya terlalu besar untuk dapat disingkirkan oleh berbagai kekhuatiran yang remeh.

Banyak orang yang tidak cukup kuat untk bangkit mengatasi kesakitan, kelukaan dan kekecewaannya dalam hidup.  Sebaliknya mereka mensia-siakan waktu mereka seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain, dengan bercakap-cakap tentang diri mereka sendiri, membandingkan bayangan gelap yang menyelimuti mereka dengan keadaan orang lain yang ada disekeliling mereka.

Sedikit rasa kurang senang boleh menjadi kemarahan besar yang mengikat kita. Orang yang tidak cukup besar untuk bangkit mengatasi sikap kurang senang dan kekecewaan yang kecil dan remeh, tidak akan benar-benar menjadi kuat.

Masanya untuk terus terus melangkah dan tidak lagi menoleh kebelakang

Kategori: buku · motivasi · rohani
Tagged: ,