Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘makanan’

Rahmat dari Allah s.w.t. – Krisis Makanan sedunia

April 18, 2008 · Tinggalkan Komen

Umum mengetahui bahawa dunia kini menghadapi krisis makanan, di mana pengeluaran tidak lagi dapat menampung permintaan. Malaysia juga tidak terlepas merasai kesannya apabila beberapa barang yang berkaitan dilaporkan naik sehingga roti Squiggles(Gardenia) kegemaran anak saya juga telah naik harga lagi untuk kali yang ke-2.

Rakyat Malaysia mati kekenyangan
Rakyat Afrika mati kebuluran, rakyat Malaysia mati kekenyangan – kata pepetah melayu moden yang biasa kita dengar. Pepatah ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara umum banyak membazir dan makan dalam kuantiti yang berlebihan. Tidak hairan rakyat Malaysia juga ramai yang menghidap penyakit jantung dan obesiti.

Rahmat dari Allah s.w.t
Krisis makanan sedunia yang sedang kita hadapi ini sebenarnya ialah Rahmat dari Allah s.w.t. Kita semua harus mengubah cara hidup dan cara pemakanan kita. Kita harus lebih berjimat-cermat dan jangan membazirkan makanan – biarlah makan sedikit asal tidak membazir. Cukuplah makan nasi separuh dengan lauk-pauk yang sedikit asal tidak terlalu kekenyangan.

Tidak peduli
Kepada mereka yang tidak mengerti dan tidak peduli – maka mereka ini akan terus dengan tabiat lama mereka iaitu dengan membeli stok makanan dengan banyak kerana takut stok makanan tidak mencukupi – mereka inilah penyumbang besar kepada krisi makanan di negara kita ini. Mereka yang tidak peduli ini akan terus makan dengan lahapnya dan hanya berhenti apabila perut penuh berisi dan hanya akan sedar apabila terlantar di hospital menghadapi mati.

Contohi Rasulullah s.a.w
Sekiranya kita tidak mahu krisis makanan ini terus berpanjangan, ubahlah cara hidup kita. Kurangkan makan dan banyakkan bersenam atau bersukan. Contohi kehidupan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a – mereka selalunya tidak cukup makan atau makan ala kadar sahaja.

Kategori: semasa
Tagged: