Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘keluarga’

Akhirnya Bertemu di Wisma Kagumas

September 6, 2009 · Tinggalkan Komen

Ex-KYPM Class 95/96

Ex-KYPM Class 95/96

Terima kasih kepada penganjur saudara Ruzman, akhirnya saya bertemu juga dengan saudara Hisham atau panggilan mesranya Imam sebab beliau kerap mengetuai jema’ah solat semasa kami bersama-sama belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Matrikulasi, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1995. Terima kasih juga kepada Eija yang sudi mengambil foto ini dengan kamera saya, walaupunkali pertama beliau gagal, agaknya tidak biasa dengan Nikon D60 yang hanya menyediakan viewfinder dan bukannya Live View, seperti kebanyakan kamera baru DSLR sekarang ini.

Ini adalah Event Iftar ke dua yang saya hadir setelah Iftar yang pertama di kelolakan oleh saya sendiri beberapa tahun dahulu di Restoran Nelayan, titiwangsa.

Bersama saudara Hisham @ Imam

Bersama saudara Hisham @ Imam

Terima kasih kepada isteri saya yang sudi mengambil gambar saya bersama saudara Hisham, walaupun dalam keadaan beliau mengadu makanan di Wisma Kagumas tidak sedap dan cepat sangat habis.

Kategori: keluarga
Tagged: ,

Kepentingan Anak

Disember 19, 2008 · 1 Komen

Membersihkan rumah atok di Mersing, Johor

Membersihkan rumah atok di Mersing, Johor

Sesungguhnya anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas kepada Allah dan RasulNya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya, Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmatNya seperti yang disebut dalam satu hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim

Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga


Petikan buku: Anakku Hebat Anakku Soleh, Zahazan Mohamed – Telaga Biru

Kategori: Islam · family · keluarga
Tagged: ,

Bila Kanak-Kanak Mengumpul Duit Raya

Oktober 7, 2008 · Tinggalkan Komen

Ziarah Ke Sri Manjung

Menziarahi saudara-mara di Manjung, Perak.

Ustaz Zaharuddin di dalam artikelnya Mercun, Ucapan Maaf dan Duit Raya telah memberikan sebuah pandangan yang baik mengenai persoalan duit raya. Beliau menulis

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Saya sependapat dengan beliau mengenai pro dan kontra di dalam persoalan duit raya ini. Saya juga pernah mendengar Dr Mohd Asri memberitahu di dalam kuliahnya bahawa duit raya ini sekadar untuk menimbulkan suasana gembira di hari raya, dan saya juga sangat setuju dengan beliau.

Di dalam artikel yang sama Ustaz Zaharuddin menulis

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya’.

Saya bersetuju sekiranya duit raya itu diberikan ketika berlakunya ziarah sesama kaum keluarga, saudara -mara malah sahabat-handai. Iaitu turut hadhir bersama di dalam aktivit ziarah ini ialah kedua-ibu bapa dan anak-anak mereka.

Yang menjadi masalah ialah apabila kanak-kanak berama-ramai tanpa mengira umur berkonvoi ke rumah entah siapa untuk mengumpul duit raya tanpa ditemani orang tua mereka. Saya berpendapat budaya ini perlu dihentikan kerana ia tidak menepati objektif ziarah. Umum mengetahui matlamat utama kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti ini hanyalah untuk mengumpul duit raya, seakan peminta sedekah pula – mengumpul wang dengan cara yang mudah.

Dan mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Ustaz Zaharuddin apabila menulis mengenai keburukan duit raya di dalam artikel yang sama

Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Wallahu’alam

Kategori: Islam · semasa
Tagged: , ,

Relevankah Isteri Anda Bekerja?

Julai 6, 2008 · 1 Komen

[Susah betul nak cari buku ni, tak jumpa pun di mana-mana cawangan-cawangan MPHdan Kinokuniya - !--moreakhirnya jumpa di Borders, Times Square. Itupun dan tinggal last stock. Pernah jumpa kat Mydin Subang Jaya, tapi keadaan buku itu sudah sangat teruk.]

Di dalam buku Life Matters, pasangan suami isteri Merrill telah menulis

Along with several major articles, two books—Two Incomes and Still Broke by Linda Kelley, and Shattering the Two Income Myth by Andy Dappen—suggest that in most cases, financial reasons alone do not justify the second income. In simple terms, the second income usually needs to reach $30,000 before even one dollar is contributed to spendable income in the family. And after that, for every three dollars earned, only one dollar is actually spendable income.Here are some of the reasons:

  • The second income puts you into a higher tax bracket.
  • You have to pay for extra goods and services—things you wouldn’t have to buy if you didn’t have the job, such as:
  1. work-related clothes and tools
  2. child care (for families with children)
  3. additional transportation
  4. meals out
  5. home services (house cleaning, lawn care, home repair, shopping help)
  6. convenience shopping items (microwave dinners, packaged “quick fix” and deli foods)
  7. guilt gifts (“Mom and Dad will both be gone, so we bought you this new video game”)
  • You engage in higher (gross income) spending, even though the disposable income doesn’t go up that much (“Look—you’re making $50,000; I’m making $45,000. Together, we’re making $95,000! We can afford this!”)
  • In many instances, the only thing the second income really “adds” to the family is the tremendous stress of trying to handle home and family needs with both parents gone from home. The real tragedy comes when a parent who doesn’t want to work ends up working, and—bottom line—there’s no economic gain.

Saya bersetuju dengan pendapat Merrill di atas. Saya telah melihat banyak pasangan suami-isteri yang bekerja tetapi disebabkan mereka tidak membuat perancangan perbelanjaan yang betul, akhirnya mereka mengalami masalah kewangan dan tekanan daripada kerja dan keluarga.

Bagaimana pula kesan isteri yang bekerja terhadap anak-anak?

Dr Yusof al-Qaradhawi menyebut di dalam bukunya Malamih al Mujatama’ al-Muslim allazi Nansyuduhu (Terj. Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan, Pustaka Syabab),

Realitinya, kebanyakan wanita yang bekerja menggunakan khidmat wanita-wanita lain untuk bekerja sebagai pengasuh anak-anak mereka atau menguruskan rumah mereka. Ini bermakna rumah, memerlukan kepada seorang wanita untuk menguruskannya. wanita yang paling baik untuk tugas ini ialah suri serta ratunya berbanding dengan wanita luar yang kebanyakannya tidak diketahui asal-usul, akhlak, pegangan agama, bahasa, pemikiran dan adatnya.

Di tempat lain pula beliau menyebut

kasih sayang, hati dan perhatian seorang ibu tidak akan dapat diganti dengan orang gaji atau pengasuh. Bagaimana mungkin anak-anak akan memperolehinya dari seorang ibu yang menghabiskan waktu siangnya di tempat kerja, sementara apabila dia pulang, dalam keadaan keletihan, kelesuan dan ketegangan. Keadaan fizikal dan psikologinya tidak mengizinkannya untuk memberi didikan yang baik terhadap anak-anaknya.

Sebuah keluarga di mana pasangan suami-isteri bekerja haruslah menetapkan matlamat, sampai bila isteri akan bekerja. Isteri seharusnya bekerja hanya sekadar untuk membantu meringankan beban suami dan bukannya mengejar kerjaya atau menambahkan kewangan keluarga walaupun pendapatan suami sudah mencukupi. Trend isteri bekerja keras untuk mengejar pangkat, kenaikan gaji dan bonus pada tiap-tiap tahun akan menyebabkan suami dan anak-anak yang menjadi mangsa.

Kategori: buku · family
Tagged: , ,