Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘iftar’

Akhirnya Bertemu di Wisma Kagumas

September 6, 2009 · Tinggalkan Komen

Ex-KYPM Class 95/96

Ex-KYPM Class 95/96

Terima kasih kepada penganjur saudara Ruzman, akhirnya saya bertemu juga dengan saudara Hisham atau panggilan mesranya Imam sebab beliau kerap mengetuai jema’ah solat semasa kami bersama-sama belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Matrikulasi, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1995. Terima kasih juga kepada Eija yang sudi mengambil foto ini dengan kamera saya, walaupunkali pertama beliau gagal, agaknya tidak biasa dengan Nikon D60 yang hanya menyediakan viewfinder dan bukannya Live View, seperti kebanyakan kamera baru DSLR sekarang ini.

Ini adalah Event Iftar ke dua yang saya hadir setelah Iftar yang pertama di kelolakan oleh saya sendiri beberapa tahun dahulu di Restoran Nelayan, titiwangsa.

Bersama saudara Hisham @ Imam

Bersama saudara Hisham @ Imam

Terima kasih kepada isteri saya yang sudi mengambil gambar saya bersama saudara Hisham, walaupun dalam keadaan beliau mengadu makanan di Wisma Kagumas tidak sedap dan cepat sangat habis.

Kategori: keluarga
Tagged: ,

Iftar al-Fikrah.net di rumah Kapten Hafiz Firdaus

September 19, 2008 · Tinggalkan Komen

Jutaan terima kasih kepada tuan rumah (kapten) kerana sudi menerima kedatangan tetamu daripada al-fikrah.net. Sekalung tahniah juga kepada jawatankuasa penganjur yang menjadikan program ini satu realiti. Terima kasih juga kepada akhi aRMX kerana sudi menumpangkan ana dan Islam4All untuk ke rumah Kapten. Di bawah ialah gambar yang sempat ana rakamkan.

Dari kiri: aRMX, Talhah, AbuAdam, THTL

Dari kiri: Kapten Hafiz Firdaus, Akob

Dari kiri: Guest?, Syarief, (Dr) Phaidee, (Dr) MFauzi

Kategori: Islam · semasa
Tagged: