Entries tagged as ‘fiqh’
Bolehkah Dye Rambut?
Februari 18, 2009 · 2 komen
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat Bukhaari dan Muslim]
Sekiranya seorang lelaki/ wanita ingin mewarnakan rambut kepada blond, gold etc, maka tiada masalah baginya.
Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, maksud hadis di atas ialah para Rahib dan ahli zuhud Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut kerana menganggapnya sebagai perhiasan yang akan menghilangkan erti ‘ibadah (zuhud). Walhal umat Islam tiada erti zuhud di dalam erti kata membuang perhiasan dunia.
Walaubagaimanpun syaratnya ialah jangan sehingga meniru kumpulan sesat seperti punk, metal, rockers dan selainnya. Biasanya mereka ini ada fesyen mereka tersendiri.
Sila rujuk fatwa:
