Ikut Hati Anda

Entries tagged as ‘filem’

Kerja, kerja

Julai 20, 2008 · Tinggalkan Komen

Beberapa minggu lalu saya telah berkesempatan menonton filem “Just Like Heaven” lakonan Reese Witherspoon dan Mark Rufalo. Sebenarnya saya secara kebetulan terjumpa dengan filem ini ketika sedang menyelongkar koleksi VCD adik saya – ketika melawat beliau di rumahnya. Saya bertanya kepadanya mengenai filem ini dan dia memberi jawapan yang positif dan menyarankan agar saya menontonnya.

Setelah saya mencari maklumat mengenai filem ini di internet, tahulah saya bahawa filem ini sebenarnya dikeluarkan pada tahun 2005 (betapa saya tidak mengikuti perkembangan filem). Filem ini juga mendapat komen yang baik daripada beberapa pengunjung Amazon.com.

Saya menontonnya bersama dengan isteri pada satu malam (setelah berjaya menidurkan anak, susah sebenarnya nak suruh dia tidur kalau kami tidak tidur sekali), dan kami berdua berasa puas hati dan seronok.

Filem ini mengisahkan tentang seorang doktor wanita yang kuat bekerja sehingga tiada masa yang diperuntukkan untuk dirinya sendiri. Pada suatu malam ketika dia memandu pulang untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang telah diaturkan oleh kakaknya, dia telah mengalami kemalangan yang serius sehingga koma. Di waktu yang lain lelaki yang yang harus dijumpainya telah menyewa rumahnya ketika dia sedang koma. Lelaki ini tidak tahu-menahu mengenai hal doktor wanita ini dan tidak pernah pun berjumpa dengannnya. Di rumah yang disewa inilah roh doktor wanita itu datang mengganggunya dan terjadilah pelbagai aksi lucu.

Filem ini walaupun mempunyai unsur-unsur tahyul, tetapi sebenarnya bukanlah itu objektif dan tumpuan filem ini. Filem romantik-komedi ini juga walaupun mempunyai banyak babak-babak lucu, tetapi tidaklah sebodohnya lawak filem senario atau filem-filem Prof Madya A. Razak.

Mesej daripada filem ini sebenarnya ialah, insan harus mengimbangi antara tuntutan kerjaya dan kehidupan sosial. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan insan akan akhirnya gagal mengecapi kebahagiaan yang sebenar di dalam kedua-duanya sekali (kerjaya dan kehidupan).

Sekiranya anda mencari sebuah filem santai dan menghiburkan serta mempunyai mesej yang sangat baik dan berkesan, luangkanlah sedikit masa untuk menonton filem “Just Like Heaven” – anda pasti terhibur. Lupakanlah kebanyakan filem-filem melayu masa kini yang kononya mempunyai mesej dan kononya kelakar.

Kategori: family · motivasi
Tagged: ,

Don’t Boycott Dutch Products: Muslims (Holland)

April 8, 2008 · 3 komen

Ada beberapa pendapat di dalam isu Memboikot barangan Denmark ini, walaubagaimanapun saya memilih pendirian (pendapat) untuk tidak boikot. Berdasarkan daripada hujjah-hujjah yang diketengahkan oleh beberapa pemikir Islam (ironik nya digelar oleh beberapa netters sebagai Ustaz Cabuk), saya merasakan hujjah mereka lebih relevan dan kuat.

Saya juga bersetuju bahawa isu penghinaan terhadap al-Quran oleh tokoh politik Belanda kelas ke-2 ini tidak boleh ditangani seperti mana Isu Kartun Denmark, kerana dalam kes ini kerajaan Belanda telah menyatakan bantahan mereka terhadap filem Fitna.

Di bawah ialah petikan daripada berita yang saya ambil daripada laman web IslamOnline.

THE HAGUE — Dutch Muslims are approaching religious and political authorities in different Muslim countries to persuade them against boycotting their country’s products in protest against anti-Quran remarks by a rightist lawmaker.

“A boycott will hurt Muslims who are part of the Dutch society,” the Dutch Muslim Council said in a message to the Egyptian People’s Assembly (lower house of parliament), a copy of which was obtained by IslamOnline.net.

“The boycott won’t serve Islam. Instead, it will give ammunition for hardliners to smear our faith.”

A number of Egyptian MPs have called for boycotting Dutch products and lowering diplomatic ties with the Netherlands after MP Geert Wilders, the leader of the far right Freedom Party, called for banning the Noble Qur’an in the European country.

Dutch Muslims, who make up one million of the Netherlands’ 16 million population, do not think this is the right response.

“This boycott will play into the hands of this isolated MP (Wilders) who is chasing limelight and votes,” the council’s chairman Idris El-Boujoufi told IOL.

A copy of the statement has been sent to the speaker of the parliament, the chairman of its foreign relations committee, the Grand Mufti of Egypt and Grand Imam of Al-Azhar, the highest seat of religions learning in the Sunni world.

Dutch Muslims have been under scrutiny since the killing of Dutch filmmaker Theo Van Gogh by a Muslim after a controversial anti-Islam documentary.

Following the murder, which was immediately and vehemently condemned by Dutch Muslims, the Netherland has adopted a flurry of Europe’s toughest entry and integration laws.

Collective Punishment

The Muslim council said the boycott will amount to a collective punishment of the Dutch people.

“We will be punishing an entire people for something they have not done, especially that the Dutch are known for their tolerance and good ties with Muslims.”

Muslim worldwide boycotted in 2006 Danish products over the publication of several cartoons lampooning Prophet Muhammad (peace and blessing be upon him).

The campaign caused Danish companies nearly $1.5 million a day in losses.

Denmark’s leading dairy company Arla Foods, one of the hardest hit, issued at the time a strong condemnation of the cartoon and appealed to Arabs and Muslims to end their boycott of its products.

El-Boujoufi said Dutch Muslims do not want that to happen to Dutch companies.

“We always complain of being punished for the work of a few radical Muslims. How could we make the same mistake?”

The Muslim council urged religious and political parties in Egypt and elsewhere to “consult with Dutch Muslims before taking any move that could complicate the situation.”

The Dutch government has slammed Wilder’s remarks as damaging for community relations and an insult to Muslims in the Netherlands and abroad.

It denied any plans to even consider his proposal now or in the future.

Source: IslamOnline

Sesungguhnya saudara Muslim kita di sana lebih mengetahui akan keadaan politik dan persekitaran di negara mereka. Janganlah kita menggagalkan usaha mereka yang mencuba untuk menerangkan Islam kepada rakyat Belanda dengan kerana kejahilan kita.

Kategori: fikrah · politik
Tagged: ,