Buku ini asalnya dibeli oleh isteri saya setelah beberapa kali saya mendesaknya untuk membeli sebuah buku self-enrichment untuk dibaca pada masa lapang. Malangnya semasa isteri saya membeli buku ini, beliau tidak membuka plastik yang menyaluti buku ini untuk melihat dahulu isi kandungan buku ini. Mungkin tertarik dengan judulnya yang lebih fokus kepada pendidikan anak-anak dan cover hadapannya yang agak menarik beliau terus sahaja membelinya. Setelah pulang ke rumah danĀ mula membacanya beliau agak kecewa. Setelah membaca beberapa helaian daripada beberapa bab di dalam buku ini beliau mula meluahkan kekecewaannya terhadap saya mengenai gaya persembahan buku ini. Secara ringkasnya kekecewaan beliau adalah kerana:
1. Buku ini mengandungi terlalu banyak gambar.
2. Harga buku ini menjadi mahal akibat kualiti kertas dan warna-warna yang digunakan.
3. Persembahannya yang kaku seperti buku teks sekolah atau kitab-kitab Fiqh.
Kekecewaan isteri saya adalah akibat daripada expectation nya. Sebenarnya sebelum ini isteri saya telah mengkhatamkan dua buah buku Andrew Matthews yang berjudul Ikut Hati Anda (terj – Follow Your Heart) dan Being Happy yang saya beli 4 tahun dulu (sebelum saya kahwin lagi). Saya mencadangkan kedua-dua buah buku ini kerana isi kandungannya yang agak santai dan gaya persembahannya yang bersahaja.

Terpengaruh dengan gaya tulisan Andrew Mathews banyak mempersembahkan contoh realiti kehidupan semasa, mungkin isteri saya merasakan bahawa dia akan mendapat keseronokan yang sama apabila membeli buku Anakku Hebat Anakku Soleh – Malangnya kejadian ini tidak berlaku.
Saya telah menelek beberapa bab daripada buku Anakku Hebat Anakku Soleh dan membacanya – dan saya merasakan buku ini sangat baik. Mungkin di sebabkan saya sudah biasa membaca kitab-kitab Fiqh dan Syarah Hadis, maka gaya penulisan kaku yang berbentuk fakta tidakmenjadi masalah kepada saya.
Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan isteri saya – iaitu jumlah gambar yang terlalu banyak di dalam buku ini dan saya merasakan ianya menjadi faktor kepada harga buku (yang agak mahal) di samping kualiti kertasnya. Mungkin juga target audient penerbit dan penulis buku ini ialah kepada golongan yang baru hendak berjinak-jinak membaca buku. Oleh itu buku ini dipenuhi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni seolah-olah anda sedang menatap majalah Wanita atau Keluarga.
