
Bukan sekali saya berhujjah dengan ahli-ahli PAS, yang mana mereka gagal memaparkan akhlak seorang Muslim yang duduk di bawah payung parti yang melaung-laungkan perjuangkan al-Quran dan Sunnah.
Pengalaman berkali-kali di dalam berhujjah yang mengecewakan ini menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti PAS. Ketidakupayaan Kepimpinan PAS untuk membimbing sesetengah ahi-ahlinya dengan ‘adab dan akhlak yang telah diterangkan melalui al-Quran dan Sunnah menyebabkan parti itu berada sama level dengan parti politik yang lain di negara ini.
Kategori: Islam · fikrah · politik
Tagged: akhlak, Islam, politik
Ogos 7, 2008 · 4 komen

Berhati-hatilah wahai saudaraku, apa sahaja yang anda tulis di dunia maya ini mencerminkan akhlak anda. Saya tekankan dunia maya kerana semua orang mempunyai peluang untuk menulis di sini, berbanding media cetak.
Baru-baru ni ada ahli baru yang mendaftar di forum Putra-Mahkota.com, malangnya saudara baru ini dengan tiba-tiba sahaja menyerang beberapa posting saya dan sahabat-sahabat lain dengan gaya tulisan yang tidak disenangi. Saya hormati pandangan dan kritikan yang ditulis secara professional dan ‘ilmiyah, malangnya saudara kita ini menulis dengan tujuan untuk merendahkan-rendahkan ‘ilmu ahli-ahli lain.
Di dalam sebuah posting lain pula, saya dipersoalkan oleh seorang ahli lain kerana kononnya mengkritik Hj Nik Abd Aziz dan Hj Abd Hadi. Walhal saya hanya sekadar menghantar sebuah artikel tulisan seorang pemerhati politk yang saya fikirkan mempunyai nilai untuk dibincangkan dan direnungkan. Tambahan pula penulis asal itu tidak sedikitpun mengkritik kedua-dua tokoh ilmuan dan politk itu, sekadar mengingatkan pembaca mengenai budaya mengampu dan taklid buta.
Pengalaman saya bergelumang dengan dunia forum maya, menunjukkan pengkritik yang terlalu emosi di dalam menyampaikan kritikan dan hujjah biasanya sangat taksub dengan satu-satu pemikiran, aliran atau mazhab. Maka padanya, membujur lalu, melintang patah.
Oleh sebab format forum yang ada kalangan menyerupai bilik borak (chatting room), maka penulis biasanya kurang mengambil kira mutu atau kualiti tulisan. Selalunya penulis yang terlalu marah atau terlalu mengikut perasaan (emotional) maka akhlaknya akan ditunjukkan melalui penulisannya yang buruk dan kurang menyenangkan. Apakah mereka ini tidak merasa malu apabila akhlak mereka dipamerkan sebegitu rupa?
Nasihat saya, sebelum anda menulis – bertenanglah dan baca banyak kali tulisan anda. Adakah anda telah merendahkan akhlak anda dihadapan orang ramai?
Kategori: Islam
Tagged: akhlak, forum