Cabaran Belajar
March 29, 2010
Saya gemar membaca dan membuat ulang kaji di ruang tamu sebab keadaannya yang luas, saya kurang gemar membaca di dalam bilik, tambahan pula kami tidak mampu untuk menyediakan bilik membaca yang besar.
Oleh itu biasanya pada hujung minggu, meja ruang tamu (coffee table) akan menjadi seperti gambar di atas. Pada saya, inilah sebuah pemandangan yang amat indah – tapi malangnya tidak pada isteri saya.
Jika boleh saya ingin kekalkan keadaan di atas sekurang-kurangnya untuk satu hari, tapi biasanya dua orang insan yang akan menghalang saya daripada berbuat demikian ialah isteri saya dan anak lelaki saya yang berumur 6 tahun itu. Sekiranya anda perasan, ada sebuah kamus di dalam gambar di atas yang sempat menjadi bahan seni oleh anak saya.
Itulah cabaran belajar bagi mereka yang telah berkeluarga.


June 8, 2010 at 5:15 pm
Sabarlah… Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…