dr mohd asri dikerumuni wartawan
Rasanya banyak web dan blog yang mengulas isu penangkapan pensyarah USM dan bekas mufti perlis, Dr Mohd Asri. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan ulasan Zulkifli Nordin apabila beliau menulis
Apakah JAIS sudah menjadi hantu tidak bertuan, mengambil tindakan sewenang-wenangnya mengikut nafsu serakah sendiri.
Selanjutnya, biarlah ulasan beliau menulis,
Pada saya, tindakan JAIS adalah satu penghinaan kepada Ke Bawah Duli Raja Perlis kerana Bagindalah yang merestui perlantikan Dr. Mohd. Asri sebagai Mufti Perlis dahulu, malahan Tuanku telah meminta Dr. Asri menimbang semula keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau sebagai Mufti.Tindakan JAIS juga adalah satu penghinaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang telah menawarkan jawatan Yang Di Pertua YADIM, seolah-olah memeperlekehkan keputusan YAB Perdana Menteri.Tindakan JAIS juga adalah satu penghinaan kepada Kerajaan Selangor yang dipinggirkan dalam keghairahan JAIS mengambil tindakan sendirian.Oleh itu saya mendesak supaya:1. Tindakan terhadap Dr. Mohd. Asri ditarik balik dan digugurkan;2. JAIS hendaklah meminta maaf kepada Dr. Asri secara terbuka;3. JAIS hendaklah meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan;4. JAIS hendaklah meminta maaf kepada YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Selangor;5. Pihak berkuasa hendaklah memulakan penyiasatan terhadap pegawai-pegawai JAIS serta anggota yang terlibat dalam penahanan Dr. Mohd. Asri;6. Tindakan disiplin dan yang bersesuaian diambil terhadap JAIS dan para pegawainya yang terlibat;
7. Suatu proses penyeragaman perundangan berkaitan isu pemberian tauliah untuk penceramah dengan tujuan membuat kelonggaran membenarkan khutbah, ceramah dan kuliah agama dibenarkan disampaikan tanpa sebarang halangan kecuali jika ternyata penyampainya melakukan kesalahan dari segi isi penyampaiannya saperti menyebarkan ajaran sesat dan lain-lain.sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/dr-asri.html
Saya menyokong penuh pendapat dan cadangan beliau di atas. Akhir kata, ternyata politik dikalangan orang agama lebih kotor dan jijik!

3 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
ibnrajab // November 3, 2009 pada 2:00 am |
mcm tu pulak
sesamaislam // November 3, 2009 pada 3:01 am |
Assalamualaikum
Hantu tidak bertuan? atau pun tuannya lepaskan untuk buat kacau?
taufik // November 3, 2009 pada 3:53 am |
benarlah yang kita sekarang sudah berada di akhir zaman.institusi agama di caci dan orang ulama di hina…marilah seluruh ummah, bertaubatlah ke jalan ALLAH…lupakan sengketa dunia yang melanda saudara2 seagama…sama2lah kita mencari keredhaanNYA…ALLAHUAKBAR….