Ikut Hati Anda

Tahniah Khairy, Ketua Pemuda Umno Yang Baru

Mac 26, 2009 · 5 komen

Khairy Ketua Pemuda Umno Yang Baru

Khairy Ketua Pemuda Umno Yang Baru

Beberapa tahun dahulu saya melihat kepetahan beliau di dalam membincangkan isu ekonomi di dalam sebuah rancangan berbahasa Inggeris terbitan TV3, dan ketika itu saya amat kagum dengan pemikirannya dan gaya beliau di dalam menyampaikan idea-ideanya. Saya berkata di dalam hati saya, inilah darah muda yang ditunggu-tunggu untuk merubah UMNO yang sudah terlalu lama ditunjangi oleh orang-orang tua yang tidak berdaya membawa arus perubahan.

Kategori: politik
Tagged: ,

5 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • geng // Mac 26, 2009 pada 8:40 am | Balas

    Salam,

    Namun,

    Kita jangan terlalu cepat percaya dan menjunjung seseorang secara membabi buta.

    Kita tidak tahu siapa sebenarnya KJ ini.

    Apa yang kita harapkan berdoa kepada Allah agar memberi kita pemimpin yang betul-betul ikhlas berjuang kerana-Nya.

    Berpeganglah kita kepada Al-quran dan Hadis.

  • geng // Mac 26, 2009 pada 8:49 am | Balas

    Kini pemimpin yang tinggal adalah era selepas kemerdekaan.

    Kebanyakkannya sudah hidup senang lenang dengan kemewahan keluarga.

    Tidak pemimpin sebelum ini yang hidupnya penuh kepayahan seperti Pak Lah dan Che Det.

    Jadi, kalau dulu pemimpin masih ingat akan kesusahan mereka dan memikirkan kebaikkan untuk bangsa tetapi kini tidak tahu arahnya bagaimana.

    Cuma yang kuat agama dan bebas daripada sebarang kaitan nilai-nilai tidak murni sahaja yang boleh diharapkan.

  • geng // Mac 26, 2009 pada 8:52 am | Balas

    Saya sangat takut akan nasib bangsa dan Islam di negara kita pada masa akan datang.

    Cumanya, hikmah Allah memberi kekalahan yang teruk kepada kerajaan akan membuka mata pemimpin-pemimpin era selepas merdeka ini sekiranya mereka betul-betul tidak buta.

  • geng // Mac 26, 2009 pada 11:30 pm | Balas

    Bgitu juga anak melayu turki yang belajar tentera di Israel dan sama-sama dengan Israel menyerang palestin pada awal 1950an dahulu.

    Kini mereka sangat berpengaruh di Malaysia.
    Harapnya mereka berpegang kepada Islam secara total dan insaf.

  • universitimengkarak.blogspot.com // Mac 28, 2009 pada 5:07 am | Balas

    Semoga Allah tidak menurunkan bala-Nya di bumi ini.

    Orang-orang soleh, golongan fakir miskin, golongan cerdik pandai dan anak-anak yatim piatu perlu dipelihara dengan baik oleh golongan pemerintah.

Tinggalkan Komen