Zaman ini ramai muslim yang mula punya kesedaran terhadap agamanya. Lalu mereka berbondong-bondong membeli buku-buku agama, samada karya tempatan mahupun terjemahan daripada karya berbahasa ‘arab ulama silam.
Walaubagaimanapun antara kelemahan karya ustaz tempatan ialah kurangnya sentuhan psikologi manakala antara kelemahan karya ulama silam khasnya daripada tanah ‘arab pula ialah kurang relevan dengan zaman dan masyarakat semasa.
Tambahan pula, karya terjemahan yang berbahasa ‘arab, kadang kala sukar untuk difahami maksud yang hendak disampaikan dan kurang feel akibat proses alih bahasa yang kerap kali menyebabkan karya asalnya cemerlang menjadi hambar.
Oleh itu, kadang-kala kita memerlukan sedikit sentuhan daripada penulis-penulis barat yang lebih faham akan keadaan masyarakat dan psikologi dan lebih bebas pemikirannya daripada sesetengah ustaz yang lebih banyak duduk dikerusi empuk dan sibuk dengan politik. Kadang-kala kita berasa hairan mengapa buku-buku yang ditulis oleh penulis barat ini lebih mesra tulisannya dan lebih enjoy di baca dan lebih relevan dengan kehidupan.
Berikut kata-kata George Bernard Shaw yang saya dapati daripada buku First Things First (Dr Stephen Covey) :
This is the true joy in life… being used for a purpose recognized by yourself as a mighty one… being a force of Nature instead of a feverish selfish little clod of ailments and grievances complaining that the world will not devote itself to making you happy… I am of the opinion that my life belongs to the whole community and as long as I live it is my privilege to do for it whatever I can. I want to be thoroughly used up when I die. For the harder I work, for the more I live. I rejoice in life for its own sake. Life is no brief candle to me. It’s a sort of splendid torch which I’ve got hold up for the moment and I want to make it burn as brightly as possible before handling on to the future generations.

1 respon so far ↓
arrantaui // November 27, 2008 pada 2:54 am |
Assalamualaikum Tuan, bagi singgah sebentar.
Kekadang, para agamawan terlupa lalu menggunakan ilmu agama dengan cara yang kurang tepat; sebagai peluru menghentam orang yang lain yang mungkin kesedaran agama. Mungkin disampai dengan cara tidak tepat kepada sasaran. Misalnya cerita kepada umum tentang poligami, yang lemah iman daripada kaum wanita akan buat bising. Nabikan pernah halang Muaz dari memberitahukan satu berita gembira yang Nabi bagitau Muaz atas unta. Maka berita gembira itupun bukan semua orang tahu menggarapnya.