Ikut Hati Anda

Entries from November 2008

Badan Kebajikan Islam US di dapati bersalah kerana menghantar wang kepada Hamas

November 27, 2008 · 1 Komen

Sebuah badan kebajikan dan lima orang bekas pemimpinnya telah didapati bersalah oleh mahkamah US Isnin lalu kerana menghantar berjuta wang kepada Hamas.

Wakil Yayasan Tanah Suci

Gambar: Wakil Yayasan Tanah Suci

Hamas ialah sebuah parti demokratik yang dipilih untuk memerintah Palestin, akan tetapi US dan Israel menganggapnya sebagai sebuah organisasi ganas.

Wakil-wakil yayasan kebajikan dan pembangunan untuk tanah suci itu yang dahulunya ialah sebuah pertubuhan kebajikan muslim terbesar telah didapati bersalah di dalam semua 108 tuduhan. Ini adalah kes pembiyayaan untuk keganasan yang terbesar di US semenjak serangan 11 September 2001

Berita Penuh: http://www.imemc.org/article/57820

Kategori: Islam · semasa
Tagged: , ,

Ijtimak Sunnah dan Program Terakhir bersama SS Mufti Perlis

November 25, 2008 · Tinggalkan Komen

Poster Ijtimak Sunnah

Poster Ijtimak Sunnah

Kategori: Islam · fikrah · semasa
Tagged: ,

Papan Tanda Jalan Di P.Pinang – Apa Agenda Media?

November 22, 2008 · Tinggalkan Komen

Lebuh Acheh - in 'Arab Language

Lebuh Acheh - in 'Arabic Language

Akhbar The Star menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan ‘Arab
Lebuh Acheh in Chineese

Lebuh Acheh in Chineese

Ironinya akhbar Utusan Malaysia pula menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan tulisan cina.

Walhal keadaan sebaliknya yang patut berlaku, iaitu akhbar The Star yang didominasi para pekerja oleh golongan cina menyiarkan gambar papan tanda jalan yang dialih bahasa cina – untuk menunjukkan rasa bangga bangsa mereka, dan akhbar Utusan Malaysia pula yang lebih popular dikalangan orang melayu menyiarkan gambar papan tanda jalan dengan terjemahan bahasa ‘arab – kerana bahasa ‘arab ialah bahasa utama umat Islam berbanding tulisan jawi yang sudah tidak relevan lagi pada masa kini.
Yang menghairankan ialah keadaan sebaliknya pula yang berlaku.


Kategori: politik · semasa
Tagged: ,

Matlamat Hidup

November 17, 2008 · 1 Komen

Zaman ini ramai muslim yang mula punya kesedaran terhadap agamanya. Lalu mereka berbondong-bondong membeli buku-buku agama, samada karya tempatan mahupun terjemahan daripada karya berbahasa ‘arab ulama silam.

Walaubagaimanapun antara kelemahan karya ustaz tempatan ialah kurangnya sentuhan psikologi manakala antara kelemahan karya ulama silam khasnya daripada tanah ‘arab pula ialah kurang relevan dengan zaman dan masyarakat semasa.

Tambahan pula, karya terjemahan yang berbahasa ‘arab, kadang kala sukar untuk difahami maksud yang hendak disampaikan dan kurang feel akibat proses alih bahasa yang kerap kali menyebabkan karya asalnya cemerlang menjadi hambar.

Oleh itu, kadang-kala kita memerlukan sedikit sentuhan daripada penulis-penulis barat yang lebih faham akan keadaan masyarakat dan psikologi dan lebih bebas pemikirannya daripada sesetengah ustaz yang lebih banyak duduk dikerusi empuk dan sibuk dengan politik. Kadang-kala kita berasa hairan mengapa buku-buku yang ditulis oleh penulis barat ini lebih mesra tulisannya dan lebih enjoy di baca dan lebih relevan dengan kehidupan.

Berikut kata-kata George Bernard Shaw yang saya dapati daripada buku First Things First (Dr Stephen Covey) :

This is the true joy in life… being used for a purpose recognized by yourself as a mighty one… being a force of Nature instead of a feverish selfish little clod of ailments and grievances complaining that the world will not devote itself to making you happy… I am of the opinion that my life belongs to the whole community and as long as I live it is my privilege to do for it whatever I can. I want to be thoroughly used up when I die. For the harder I work, for the more I live. I rejoice in life for its own sake. Life is no brief candle to me. It’s a sort of splendid torch which I’ve got hold up for the moment and I want to make it burn as brightly as possible before handling on to the future generations.

Kategori: Islam · buku · rohani · semasa
Tagged: , ,

Pengalaman Berurusan Online

November 5, 2008 · Tinggalkan Komen

Minggu lepas adalah kali pertama saya cuba berurus niaga secara online. Saya sedang cuba membeli kamera 2nd hand melaui beberapa forum dan iklan di internet. Setelah berkenan dengan barang yang hendak dibeli, saya pun menghantar mesej kepada penjual.Kemudian berlakulah beberapa kali tawar-menawar melalui sms, sehingga kepada satu harga yang dipersetujui akhirnya kami pun bersetuju untuk berjumpa.

Malangnya keesokan harinya ketika saya cuba confirm tempat untuk perjumpaan saya telah diberitahu kamera itu telah dijual kepada orang lain.  Hal ini berlaku dua kali kepada saya dalam minggu yang sama, dan saya berasa sangat kecewa. Saya tidak pasti adakah perkara ini biasa sahaja berlaku di dalam urusniaga online di mana orang lain boleh sahaja beat harga yang telah kita tawarkan walaupun kita telah ada perjanjian dengan penjual pada awalnya.

Kategori: Islam · semasa
Tagged: ,