Ikut Hati Anda

Entries from Oktober 2008

Papan tanda nama jalan dalam tulisan Tamil, Cina

Oktober 30, 2008 · 4 komen

PULAU PINANG 24 Okt. – Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja <Utusan>

Komen:
Saya tidak nampak masalahnya, kalau Selangor boleh letak tulisan jawi pada nama jalan, mengapa tulisan cina/tamil tidak boleh? Tulisan jawi tidak ada kena mengena dengan Islam pun, ianya tetap menggunakan bahasa melayu, bukan bahasa ‘arab.

Jika hendak berlaku ‘adil, maka hendaklah consistent menggunakan bahasa melayu dengan tulisan rumi, janganlah ada setengah negeri guna tulisan jawi pula, kerana ini hanya akan menimbulkan kekeliruan.

Kategori: Islam · politik · semasa
Tagged: ,

Menunggu waktu berzikir

Oktober 24, 2008 · Tinggalkan Komen

Antara beberapa tempat dan waktu yang baik untuk berzikir tetapi selalunya tidak disedari oleh kebanyakan kita ialah:

1. Menunggu lif, bas, teksi etc.

2. Di dalam kereta menunggu lampu isyarat hijau.

3. Terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas.

4. Di dalam ofis, khususnya ketika sedang stress, atau exhausted.

Malangnya kebanyakan daripada kita tercari-cari masa untuk berzikir. Malah, ada juga yang masih berpegang kepada mitos atau salah faham di dalam isu zikir ini. Antara mitos atau salah faham ini ialah:

1. Perlu berwuhdu untuk berzikir

2. Hanya berzikir selepas solat sahaja

3. Perlu tempat khas, contohnya, di atas sejadah, di dalam masjid dan lain-lain

Dan banyak lagi salah-faham yang masih wujud di kalangan umat Islam sehingga menyebabkan mereka kurang berzikir, dan lebih banyak merungut dan membuang masa.

Kategori: Islam

Bila Kanak-Kanak Mengumpul Duit Raya

Oktober 7, 2008 · Tinggalkan Komen

Ziarah Ke Sri Manjung

Menziarahi saudara-mara di Manjung, Perak.

Ustaz Zaharuddin di dalam artikelnya Mercun, Ucapan Maaf dan Duit Raya telah memberikan sebuah pandangan yang baik mengenai persoalan duit raya. Beliau menulis

Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Saya sependapat dengan beliau mengenai pro dan kontra di dalam persoalan duit raya ini. Saya juga pernah mendengar Dr Mohd Asri memberitahu di dalam kuliahnya bahawa duit raya ini sekadar untuk menimbulkan suasana gembira di hari raya, dan saya juga sangat setuju dengan beliau.

Di dalam artikel yang sama Ustaz Zaharuddin menulis

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya’.

Saya bersetuju sekiranya duit raya itu diberikan ketika berlakunya ziarah sesama kaum keluarga, saudara -mara malah sahabat-handai. Iaitu turut hadhir bersama di dalam aktivit ziarah ini ialah kedua-ibu bapa dan anak-anak mereka.

Yang menjadi masalah ialah apabila kanak-kanak berama-ramai tanpa mengira umur berkonvoi ke rumah entah siapa untuk mengumpul duit raya tanpa ditemani orang tua mereka. Saya berpendapat budaya ini perlu dihentikan kerana ia tidak menepati objektif ziarah. Umum mengetahui matlamat utama kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti ini hanyalah untuk mengumpul duit raya, seakan peminta sedekah pula – mengumpul wang dengan cara yang mudah.

Dan mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Ustaz Zaharuddin apabila menulis mengenai keburukan duit raya di dalam artikel yang sama

Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Wallahu’alam

Kategori: Islam · semasa
Tagged: , ,