Ikut Hati Anda

Wang atau Masa?

Ogos 25, 2008 · 4 komen

Yang manakah lebih berharga, wang atau masa? Mungkin jawapannya perlu dilihat kepada situasi.

Baiklah, bayangkan anda mempunyai sebuah kerja yang stabil di KL dan telah pun berkhidmat selama hampir 7 tahun. Akan tetapi seperti insan lain, anda juga inginkan sebuah rumah dua tingkat yang mampu dimiliki, maka pilihan yang ada ialah dengan membelinya di luar kawasan KL. Malangnya dengan sebab itu anda terpaksa bermusafir sejauh 40KM dari rumah untuk ke ofis yang memakan masa perjalanan hampir sejam. Maknanya anda telah menghabiskan 2 jam daripada hidup anda setiap hari di atas jalan. Anda juga terpaksa keluar awal pagi untuk ke ofis, dan bertempur dengan hampir sejuta kenderaan yang berpusu-pusu memasuki pusat bandar. Situasinya sama disebelah petang di mana pertarungan di atas jalan antara pemandu bongkak, pentingkan diri sendiri dan pemandu pengecut dan baik hati berlaku. Selalunya anda juga akan berasa sangat letih apabila sampai di rumah sehingga apa yang terbayang di fikiran anda hanyalah katil. Anda sudah tidak bertenaga untuk melayan kerenah anak-anak, apa lagi mengorbankan tenaga dan masa rehat untuk ke surau.

Nah, bayangkan pula anda mendapat tawaran untuk bekerja di organisasi lain yang lebih dekat dengan rumah anda, kira-kira 15 KM sahaja. Malangnya menawarkan pangkat yang sama dan dengan nilai gaji yang sedikit rendah daripada apa yang anda nikmati sekarang. Akan tetapi anda dapat menjimatkan masa untuk ke tempat kerja, malah jimat petrol. Maka dengan ini anda punya banyak masa untuk keluarga dan agama. Walaubagaimanapun anda tidak pasti dengan nasib anda di organisasi baru, sedangkan anda telah membina jaringan yang cukup utuh di organisasi sekarang sehingga anda masuk lewat pun tiada siapa yang kisah. Risiko di tempat kerja baru sangat merungsingkan fikiran anda.

Apapun, persoalan yang saya utarakan di atas amat sukar untuk di jawab sekiranya anda tidak pernah meletakkan misi atau matlamat hidup. Kegagalan meletakkan matlamat hidup akan menyebabkan anda buntu untuk membuat keputusan.

Jawapan untuk situasi di atas juga perlu dilihat kepada siapa, bujang atau berkahwin, suami atau isteri. Saya telah pun membuat keputusan, sekiranya anda bagaimana?

Kategori: family · rohani · semasa
Tagged: , ,

4 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • shiha // September 19, 2008 pada 11:14 pm | Balas

    Salam..

    Kalau saya, saya pilih utk bekerja di tempat baru, yg berdekatan dengan rumah :)

    Masa adalah terlalu berharga. Nilainya adalah lebih tinggi dari dinar yang menimbun.

    Saya juga terpaksa bekerja di Golden Area of PJ. Tapi saya tiada pilihan untuk mencari pekerjaan lain, disebabkan bond dgn institusi sekarang (yg berpanjangan sehingga saya pencen, insyaAllah!). Oleh kerana bagi saya masa adalah lebih utama, maka saya memilih untuk membeli sebuah apartment yg kecil yg harganya sama seperti rumah teres dua tingkat di luar kawasan PJ. Advantagenya, jaraknya cuma 5 minit dari ofis. Dan anak saya boleh berjalan kaki (10 minit berjalan) ke sekolah. That is priceless. Allahua’lam.

    Wasalam.

  • ibnhussin // September 19, 2008 pada 11:42 pm | Balas

    Jazakallahukhair Dr Shiha di atas perkongsian ukthi. Tak cari rumah dekat kawasan jln gasing hingga ke PJ Old town? dekat jugak tu rasanya :)

  • shiha // September 20, 2008 pada 11:53 pm | Balas

    Dah cari, tapi harganya memang mahal. Rumah teres dua tingkat dlm RM400-600 ribu. Kalau murah dari tu, maksudnya condition rumah tu dah tak elok. Satu lagi faktor (yg penting bagi saya, tapi mungkin tidak bagi orang lain, terpulang) ialah komuniti. Both areas menitoned, dimonopoli oleh bangsa lain. Kat apartment yg saya beli tu, masih ramai Melayu, dan ramai juga staff kat tempat saya bekerja, duduk di situ. Senang sikit nak berjiran.

    Hmm.. bab beli rumah ni memang memeningkan.

  • thisissustainability // September 23, 2008 pada 1:26 am | Balas

    Ini memang masalah yang sentiasa menjadi persoalan utama. Terutamanya faktor-faktor bujang/berkahwin, beranak/tidak. Kalau bujang, keputusan lebih senang dibuat, kerana kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, kita boleh survive dengan sendiri.

Tinggalkan Komen