
Isu kenaikan harga Petrol dan Diesel baru-baru ini paling memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang tinggal jauh dari tempat kerja mereka – paling nyata sekali ialah mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Sebahagian mereka ini (yang bekerja di Kuala Lumpur) membeli rumah sejauh Seremban 2, Rawang dan Klang.
Mungkin sudah sampai masanya untuk mereka ini memikirkan kembali relevant mereka membeli rumah sejauh itu. Saya mempunyai seorang kawan yang tinggal sejauh Bdr Tasik Puteri Rawang, dan beliau dan isterinya bekerja di tengah bandar Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun setelah beberapa tahun berbuka puasa di dalam kereta, beliau akhirnya menjual rumah itu dan membeli rumah sekitar taman melawati.

Seorang lagi kawan yang pernah sama-sama bekerja dengan saya di Kuala Lumpur tinggal sejauh Bukit Beruntung. Setelah beberapa tahun tinggal di sana, beliau akhirnya membeli rumah di Sungai Buluh.
Di dalam kes saya, alhamdulillah setelah dua tahun berulang-aling dari Kuala Lumpur ke Bandar Bukit Mahkota Bangi, saya akhirnya mendapat pekerjaan baru di Semenyih. Ofis baru saya ini hanya 17KM sahaja dari rumah. Hanya isteri saya sahaja yang masih lagi bekerja di Kuala Lumpur, semoga Allah membantunya untuk mendapat pekerjaan baru yang lebih dekat dengan rumah kami.
Mungkin selepas ini, mereka yang ingin membeli rumah yang jauh daripada Kuala Lumpur, harus membuat rancangan jangka masa panjang seperti mencari tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah.

0 responses so far ↓
Tidak ada komen buat masa ini...Sila isikan borang dibawah ini.