Ikut Hati Anda

Entries from Jun 2008

Bolehkah Hidup dengan Gaji RM3000?

Jun 14, 2008 · 4 komen

Saya ingin mengulas sebuah artikel yang saya kira sudah lama berkeliaran di alam maya ini semenjak tahun lepas lagi. Dengan kenaikan harga minyak, artikel yang saya kira kurang nilai ‘ilmu ini kembali mendapat tempat di hati sesetengah insan yang kurang berfikir panjang. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada penulis-penulis blog yang memaparkan artikel ini di dalam blog mereka, sesungguhnya saya tiada niat untuk menjatuhkan air muka atau status pendidikan anda.

Sedutan artikel itu (rasanya penulisnya berbangsa cina) adalah seperti di bawah:

Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia

Let’s do some simple calculations here.

In Malaysia, the average family income is RM3,000 /month
(where father works, mother doesn’t).

I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let’s take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let’s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ….

Calculation starts…

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater … ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons…?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 … can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don’t think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so…
No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc…

Let’s use a calculator to total up… WALAO EH! RM3,610 already…

EPF belum potong, income tax lagi……..oledi RM3,610 …

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don’t eat? Don’t work? Don’t send children to school and study?

[saya telah meringkaskan artikel tersebut]

Saya pasti penulis asal artikel di atas ialah seorang yang sudah biasa hidup senang, ataupun seorang yang masih bujang dan mungkin di atas kegeramannya (atau mungkin juga ada agenda politik) terhadap kerajaan sekarang, maka dia telah mereka-cipta sebuah belanjawan keluarga yang penuh dengan cacat-cela.

Sebuah keluarga yang sedar kemampuan mereka sekadar RM3000 sebulan sepatutnya berbelanja dengan bijak. Mengapa hendak dirungutkan hanya kerana tiada ASTRO dan tidak sanggup ke panggung wayang? Kami sekeluarga yang berpendapatan melebihi RM3000 pun tiada ASTRO dan tidak pernah ke panggung wayang.

Mengapa bill telefon melambung sehingga RM100 sebulan? Begitu juga bill elektrik dan air sehingga mencecah RM100 – Ini satu pembaziran.

Tambahan lagi mengapa perlu belanja sehingga RM775 untuk makan sedangkan boleh masak dirumah? Saya cukup hairan, mengapa penulis mengira RM 25 untuk makan 4 orang, makan di KFC tiap-tiap hari ke? Saya juga berasa hairan mengapa perlu beri belanja sekolah kepada anak, sedangkan makanan boleh dibekalkan oleh ibu – malah lebih bersih dan berkhasiat daripada di kantin sekolah.

Saya juga berasa hairan mengapa penulis perlu beli insurans sehingga RM650 untuk sebuah keluarga. Perlindungan Takaful dengan simpanan untuk si bapa hanya RM100++ sahaja, dan hanya beliau sahaja pun yang perlu dilindung.

Tambahan lagi, si bapa boleh menggunakan motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja yang ternyata lebih menjimatkan petrol daripada menggunakan kereta.

Sebenarnya banyak lagi cacat-cela belanjawan yang dikemukakan di atas, tetapi cukuplah setakat ini. Rasa seperti orang bodoh pula membincangkan sebuah artikel yang kurang nilai ‘ilmiyah.

Kategori: family · semasa
Tagged: ,

Harga Petrol Tinggi, Rumah Jauh Dari Tempat Kerja

Jun 7, 2008 · Tinggalkan Komen

Isu kenaikan harga Petrol dan Diesel baru-baru ini paling memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang tinggal jauh dari tempat kerja mereka – paling nyata sekali ialah mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Sebahagian mereka ini (yang bekerja di Kuala Lumpur) membeli rumah sejauh Seremban 2, Rawang dan Klang.

Mungkin sudah sampai masanya untuk mereka ini memikirkan kembali relevant mereka membeli rumah sejauh itu. Saya mempunyai seorang kawan yang tinggal sejauh Bdr Tasik Puteri Rawang, dan beliau dan isterinya bekerja di tengah bandar Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun setelah beberapa tahun berbuka puasa di dalam kereta, beliau akhirnya menjual rumah itu dan membeli rumah sekitar taman melawati.

Seorang lagi kawan yang pernah sama-sama bekerja dengan saya di Kuala Lumpur tinggal sejauh Bukit Beruntung. Setelah beberapa tahun tinggal di sana, beliau akhirnya membeli rumah di Sungai Buluh.

Di dalam kes saya, alhamdulillah setelah dua tahun berulang-aling dari Kuala Lumpur ke Bandar Bukit Mahkota Bangi, saya akhirnya mendapat pekerjaan baru di Semenyih. Ofis baru saya ini hanya 17KM sahaja dari rumah. Hanya isteri saya sahaja yang masih lagi bekerja di Kuala Lumpur, semoga Allah membantunya untuk mendapat pekerjaan baru yang lebih dekat dengan rumah kami.

Mungkin selepas ini, mereka yang ingin membeli rumah yang jauh daripada Kuala Lumpur, harus membuat rancangan jangka masa panjang seperti mencari tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah.

Kategori: semasa
Tagged: , ,