Ikut Hati Anda

Entries from Mei 2008

Jangan Biarkan ASTRO Mengawal Hidup Anda

Mei 30, 2008 · Tinggalkan Komen

Alhamdulillah, saya kira diri saya sangat bertuah kerana masih belum lagi melanggan ASTRO. Seketika dahulu saya sudah hampir-hampir ingin melanggan ASTRO kerana terpikat dengan beberapa channel Discovery dan Sports. Saya menontonnya di rumah mertua saya di Mersing. Walaubagaimanapun setelah lama berfikir akhirnya niat itu dibatalkan begitu saja.

Cuma beberapa hari lalu, ketika berborak dengan seorang rakan, beliau menceritakan keseronokannya menonton beberapa cerita di channel ASTRO, tetapi pada penghujungnya beliau terlepas cakap, “kalau tak tengok rugi pulak, dah bayar”

Kata-kata beliau yang terakhir itu membuatkan saya terfikir seketika, “sebab dah bayar tiap-tiap bulan, maka seseorang itu kadang kala terpaksa menonton channel-channel di ASTRO walaupun pada masa itu ada aktiviti lain yang lebih bermanfa’at.”

Rupanya secara tidak sedar, hidup sahabat saya telah dikawal oleh ASTRO.

Kategori: fikrah · motivasi · semasa
Tagged:

Wujudkan Budaya Membaca Buku ‘Ilmiyah

Mei 23, 2008 · 1 Komen

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) [al-'alaq:1]

Aktiviti membaca buku-buku ilmiyah adalah aktiviti yang paling kurang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita apabila kita mula melangkahkan kaki meninggalkan pusat pengajian atau sekolah.

Saya ingin memetik kata-kata Dr Stephen Covey di dalam buku 7 Habits of Highly Effective People yang menunjukkan hal ini,

Most of our mental development and study discipline comes through formal education. But as
soon as we leave the external discipline of school, many of us let our minds atrophy. We don’t do any more serious reading, we don’t explore new subjects in any real depth outside our action fields, we don’t think analytically, we don’t write — at least not critically or in a way that tests our ability to express ourselves in distilled, clear, and concise language. Instead, we spend our time watching TV.

Saya tahu, ramai yang akan menjawab,

“Siapa kata kami tidak membaca, tiap-tiap hari kami baca akhbar.”

“Saya membaca majalah Media dan URTV setiap bulan.”

Lebih teruk lagi, “Saya pembaca setia majalah Mangga.”

Aktiviti-aktiviti di atas adalah aktiviti membaca bahan-bahan ringan. Semua yang anda baca biasanya tidak akan tinggal lama di dalam kepala otak anda, dan tidak memerlukan anda untuk berfikir dengan kritis, dan tidak akan membantu anda di dalam kehidupan anda.

Bahan bacaan ringan adalah sekadar maklumat kosong yang kurang berguna. Apakah gunanya kepada anda mengetahui artis sekian berkahwin dengan datuk sekian, atau datuk sekian menggelapkan wang sekian juta, atau keputusan Man U lawan Chelsea, atau si fulan berlanggar dengan lori, atau datuk yang berumur 80 tahun merogol cucunya?

Dr Stephen Covey di dalam buku yang sama juga menyebut

There’s no better way to inform and expand your mind on a regular basis than to get into the habit of reading good literature. That’s another high-leverage Quadrant II activity. You can get into the best minds that are now or that have ever been in the world. I highly recommend starting with a goal of a book a month then a book every two weeks, then a book a week. “The person who doesn’t read is no better off than the person who can’t read.”

Oleh itu saranan saya, bacalah bahan-bahan yang boleh membantu minda anda berkembang. Contohnya buku-buku agama yang membincangkan masalah fiqh atau buku syarah hadis atau buku tafsir al-Quran. Pilihan lain, mungkin anda boleh membaca buku-buku self-help atau self-enrichment, atau leadership. Pilihan lain, anda mungkin juga boleh memilih buku-buku tentang kesihatan, kekeluargaan dan banyak lagi buku-buku yang lebih berguna daripada akhbar harian atau majalah-majalah murahan yang kerap menonjolkan wanita cantik dan seksi sebagai umpan.

Kategori: buku · semasa
Tagged: ,

cinta :lawan jangan, layan pun jangan (versi dewasa)

Mei 22, 2008 · 2 komen

Ust Hasrizal menulis di dalam blognya

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Di dalam artikel asalnya, beliau sebenarnya mengulas mengenai cinta di kalangan para pelajar. Melihat betapa relevannya tajuk ini, saya merasakan skopnya perlu diluaskan kepada cinta di kalangan pekerja (dewasa) di ofis. Saya tidak maksudkan kepada mereka yang masih bujang, tetapi dikalangan yang sudah berkahwin dan beranak-pinak.

Mungkin disebabkan masa yang lebih banyak diperuntukkan di pejabat berbanding di rumah, maka wujudnya cinta secara tidak langsung dikalangan para pekerja di ofis atau tempat mereka bekerja. Di tambah lagi apabila mereka ini menghadapi masalah rumah tangga yang selalunya berpunca daripada salah-faham dan kurangnya komunikasi yang efektif. Jalan penyelesaian yang mudah ialah seperti kata ustaz hasrizal

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sekiranya anda memang sudah tidak ada kerja lagi yang hendak dibuat, maka mungkin anda boleh ringan-ringankan tulang anda dengan membantu rakan sekerja anda yang lain. Dengan cara ini, anda bukan sahaja menambahkan pahala, malah dapat mempereratkan lagi ikatan persahabatan di kalangan rakan sekerja anda.

Kategori: family · semasa
Tagged: , ,

Komen Buku: Anakku Hebat Anakku Soleh

Mei 12, 2008 · Tinggalkan Komen

Buku ini asalnya dibeli oleh isteri saya setelah beberapa kali saya mendesaknya untuk membeli sebuah buku self-enrichment untuk dibaca pada masa lapang. Malangnya semasa isteri saya membeli buku ini, beliau tidak membuka plastik yang menyaluti buku ini untuk melihat dahulu isi kandungan buku ini. Mungkin tertarik dengan judulnya yang lebih fokus kepada pendidikan anak-anak dan cover hadapannya yang agak menarik beliau terus sahaja membelinya. Setelah pulang ke rumah dan  mula membacanya beliau agak kecewa. Setelah membaca beberapa helaian daripada beberapa bab di dalam buku ini beliau mula meluahkan kekecewaannya terhadap saya mengenai gaya persembahan buku ini. Secara ringkasnya kekecewaan beliau adalah kerana:

1. Buku ini mengandungi terlalu banyak gambar.

2. Harga buku ini menjadi mahal akibat kualiti kertas dan warna-warna yang digunakan.

3. Persembahannya yang kaku seperti buku teks sekolah atau kitab-kitab Fiqh.

Kekecewaan isteri saya adalah akibat daripada expectation nya. Sebenarnya sebelum ini isteri saya telah mengkhatamkan dua buah buku Andrew Matthews yang berjudul Ikut Hati Anda (terj – Follow Your Heart) dan Being Happy yang saya beli 4 tahun dulu (sebelum saya kahwin lagi). Saya mencadangkan kedua-dua buah buku ini kerana isi kandungannya yang agak santai dan gaya persembahannya yang bersahaja.

Terpengaruh dengan gaya tulisan Andrew Mathews banyak mempersembahkan contoh realiti kehidupan semasa, mungkin isteri saya merasakan bahawa dia akan mendapat keseronokan yang sama apabila membeli buku Anakku Hebat Anakku Soleh – Malangnya kejadian ini tidak berlaku.

Saya telah menelek beberapa bab daripada buku Anakku Hebat Anakku Soleh dan membacanya – dan saya merasakan buku ini sangat baik. Mungkin di sebabkan saya sudah biasa membaca kitab-kitab Fiqh dan Syarah Hadis, maka gaya penulisan kaku yang berbentuk fakta tidakmenjadi masalah kepada saya.

Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan isteri saya – iaitu jumlah gambar yang terlalu banyak di dalam buku ini dan saya merasakan ianya menjadi faktor kepada harga buku (yang agak mahal) di samping kualiti kertasnya. Mungkin juga target audient penerbit dan penulis buku ini ialah kepada golongan yang baru hendak berjinak-jinak membaca buku. Oleh itu buku ini dipenuhi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni seolah-olah anda sedang menatap majalah Wanita atau Keluarga.

Kategori: buku · family
Tagged: ,

Cerita sebenar di sebalik kes Siti Fatimah Tan Abdullah

Mei 10, 2008 · 2 komen

Isu Murtad Siti Fatimah: Wawancara bersama Ustaz Ahmad Jailani

Tonton video di sini
http://video.google.com/videoplay?docid=5990077439150618015&ei=kLUlSIW4KqT-qQPdv4y1CQ&hl=en

atau terus download di sini
http://al-qayyim.net/upload/video/ust_jai090508_kesmurtad.wmv

Ihsan al-Ahkam.Net & al-Qayyim.Net

Petikan daripada Berita Harian

Siti Fatimah dibenar murtad – Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS

PULAU PINANG 8 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu.

Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah.

Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan.

Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.

‘‘Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.

‘‘Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,’’ katanya.

Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20080508120607/Article/index_html

Kategori: semasa
Tagged:

Mendengar dengan hati

Mei 8, 2008 · Tinggalkan Komen

Apakah perbezaan Listen dan Hear?

1. Listen
Bermaksud mendengar dengan teliti dan faham akan maksud yang hendak disampaikan – dengan kata lain, mendengar dengan hati. Contoh mudah, aktiviti seorang doktor yang mendengar masalah pesakitnya.

2. Hear
Bermaksud mendengar sahaja – tetapi bagaikan angin lalu (like a wind passing trough) , tanpa perlu faham atau memberi tumpuan dan tanpa perlu diproses oleh otak. Contoh mudah ialah, mendengar khutbah Juma’at di masjid (disebabkan isi kandungan khutbah yang tidak menarik dan gaya penyampaian yang hambar) – maka dengan itu jika anda tanya jema’ah yang solat juma’at pada hari itu mengenai isi kandungan khutbah maka 80% daripada mereka tidak dapat memberikan jawapannya (kerana kebanyakannya tidur)

Agak malang kerana bahasa melayu menggunakan perkataan “dengar” untuk kedua-dua aktiviti yang nampak seperti sama tetapi sebenarnya tidak.

Adakah anda terpaksa mendengar?
Di dalam mensyuarat, anda kadang-kala terpaksa mendengar pihak lain berbicara, atau mengemukakan hujjah atau pandangan atau cadangan. Anda mungkin juga terpaksa mendengar pandangan suami anda atau leteran isteri anda.

Sekiranya anda tidak mendengar betul-betul (listen carefully), maka banyak maklumat yang anda mungkin “terlepas” – natijahnya akan berlaku silap faham. Anda mungkin hanya berminat dengan hujjah atau pandangan anda menyebabkan hati dan telinga anda terhijab untuk menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak lain.

Anda mungkin merasakan perkara yang hendak disampai oleh pihak lain itu sebagai tidak penting atau tiada nilai, tetapi selalunya tidak begitu sekiranya anda mengamalkan “the act of listening”. Oleh itu, belajar-belajarlah untuk mendengar dengan hati (listen with your heart).

Walaubagaimanapun anda boleh memilih untuk tidak mendengar (listen) kepada Khutbah Juma’at yang disampai dengan gaya yang cukup membosankan atau kuliah agama yang meleret-leret (ustaz syok sendiri).

Kategori: rohani