November 3, 2009 · 3 komen

dr mohd asri dikerumuni wartawan
Rasanya banyak web dan blog yang mengulas isu penangkapan pensyarah USM dan bekas mufti perlis, Dr Mohd Asri. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan ulasan Zulkifli Nordin apabila beliau menulis
Apakah JAIS sudah menjadi hantu tidak bertuan, mengambil tindakan sewenang-wenangnya mengikut nafsu serakah sendiri.
Selanjutnya, biarlah ulasan beliau menulis,
Pada saya, tindakan JAIS adalah satu penghinaan kepada Ke Bawah Duli Raja Perlis kerana Bagindalah yang merestui perlantikan Dr. Mohd. Asri sebagai Mufti Perlis dahulu, malahan Tuanku telah meminta Dr. Asri menimbang semula keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau sebagai Mufti.
Tindakan JAIS juga adalah satu penghinaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang telah menawarkan jawatan Yang Di Pertua YADIM, seolah-olah memeperlekehkan keputusan YAB Perdana Menteri.
Tindakan JAIS juga adalah satu penghinaan kepada Kerajaan Selangor yang dipinggirkan dalam keghairahan JAIS mengambil tindakan sendirian.
Oleh itu saya mendesak supaya:
1. Tindakan terhadap Dr. Mohd. Asri ditarik balik dan digugurkan;
2. JAIS hendaklah meminta maaf kepada Dr. Asri secara terbuka;
3. JAIS hendaklah meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan;
4. JAIS hendaklah meminta maaf kepada YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Selangor;
5. Pihak berkuasa hendaklah memulakan penyiasatan terhadap pegawai-pegawai JAIS serta anggota yang terlibat dalam penahanan Dr. Mohd. Asri;
6. Tindakan disiplin dan yang bersesuaian diambil terhadap JAIS dan para pegawainya yang terlibat;
7. Suatu proses penyeragaman perundangan berkaitan isu pemberian tauliah untuk penceramah dengan tujuan membuat kelonggaran membenarkan khutbah, ceramah dan kuliah agama dibenarkan disampaikan tanpa sebarang halangan kecuali jika ternyata penyampainya melakukan kesalahan dari segi isi penyampaiannya saperti menyebarkan ajaran sesat dan lain-lain.
sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/dr-asri.html
Saya menyokong penuh pendapat dan cadangan beliau di atas. Akhir kata, ternyata politik dikalangan orang agama lebih kotor dan jijik!
Kategori: Islam · semasa
Tagged: Dr Mohd Asri, Islam

Bukan sekali saya berhujjah dengan ahli-ahli PAS, yang mana mereka gagal memaparkan akhlak seorang Muslim yang duduk di bawah payung parti yang melaung-laungkan perjuangkan al-Quran dan Sunnah.
Pengalaman berkali-kali di dalam berhujjah yang mengecewakan ini menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti PAS. Ketidakupayaan Kepimpinan PAS untuk membimbing sesetengah ahi-ahlinya dengan ‘adab dan akhlak yang telah diterangkan melalui al-Quran dan Sunnah menyebabkan parti itu berada sama level dengan parti politik yang lain di negara ini.
Kategori: Islam · fikrah · politik
Tagged: akhlak, Islam, politik

Dari Kiri, Hj Fickry, Taun Hassan Tuan Lah (THTL), Ust Hilmi (Hilmi07), Ust Abu Salman ar-Radhi, IbnHussin (saya), Kapten Hafiz Firdaus, Mohd Siss, Doc Abulharith
Sabtu lalu (17 Okt), Staff AFN telah dijemput oleh En Hj Fikry (chairman Karangkraf Sdn Bhd ) untuk menghadiri majlis keramaian di rumahnya di Kg Sg Merbok, Sg Buloh.
Kategori: semasa
Tagged: al-fikrah.net
September 17, 2009 · 2 komen

Saat-saat terakhir, saya terfikir untuk membuat sebuah banner ringkas untuk AFN mengucapkan Selamat Hari Raya kepada ahli dan pengunjungnya. Malang sekali sebab staff AFN tidak pernah mengadakan sesi foto. Oleh itu saya terpaksa crop gambar-gambar staff daripada foto-foto candid semasa berlangsungnya sesi Bengkel Penulisan AFN tidak lama dahulu. Backdrop yang berwarna hijau dan logo AFN tu bukan karya saya, thehehe.
Kategori: Islam
Tagged: al-fikrah.net

Ex-KYPM Class 95/96
Terima kasih kepada penganjur saudara Ruzman, akhirnya saya bertemu juga dengan saudara Hisham atau panggilan mesranya Imam sebab beliau kerap mengetuai jema’ah solat semasa kami bersama-sama belajar di Kolej Yayasan Pelajaran Matrikulasi, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1995. Terima kasih juga kepada Eija yang sudi mengambil foto ini dengan kamera saya, walaupunkali pertama beliau gagal, agaknya tidak biasa dengan Nikon D60 yang hanya menyediakan viewfinder dan bukannya Live View, seperti kebanyakan kamera baru DSLR sekarang ini.
Ini adalah Event Iftar ke dua yang saya hadir setelah Iftar yang pertama di kelolakan oleh saya sendiri beberapa tahun dahulu di Restoran Nelayan, titiwangsa.

Bersama saudara Hisham @ Imam
Terima kasih kepada isteri saya yang sudi mengambil gambar saya bersama saudara Hisham, walaupun dalam keadaan beliau mengadu makanan di Wisma Kagumas tidak sedap dan cepat sangat habis.
Kategori: keluarga
Tagged: iftar, keluarga
Julai 14, 2009 · 1 Komen

Saya bukanlah peminat Manchaster United, dan saya pun dah lama tidak mengikuti perkembangan EPL. Cuma saya rasa semak dengan persoalan yang berkaitan dengan lambang Red Devil pada logo MU. Pada pandangan saya Umat Islam sekarang ini terlalu banyak mengambil kira hal remeh-temeh seperti ini sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. Paling tidak seronok, apabila kita dengar pula bermacam-macam andaian asal logo ini dan hal ini sama seperti Nike, Pokemon dan produk lain yang semangsa dengannya akibat kejahilan sesetengah Umat Islam.
Saya suka untuk memetik kata-kata Ustaz Adlan, panel Hadis di al-Fikrah.net di mana beliau telah menjawab,
1- PERSOALAN: Sabitkah daripada nas tentang rupa syaytan? –> TIDAK!!!
2- PERSOALAN: Benarkah itu rupa syaytan? –> TIDAK DIKETAHUI!!!
3- PERSOALAN: Perlukah ditafsir semua dengan huruf `Arab? (seperti tulisan Allah, Muhammad, …) Ada yang tidak relevan langsung!!!
4- `Aqidah tidak berkaitan dengan baju yang dipakai.
5- `Aqidah tidak terjejas dengan sesuatu yang samar/ kabur atau tidak diketahui.

Ironinya, saya belum jumpa ada orang yang mempersoalkan maskot FreeBSD. Mungkin juga sebab hal ini tiada kaitan dengan kewangan (open source -> free), iaitu tidak melibatkan kepentingan/ kerugian terhadap mana-mana pihak. Sedangkan persoalan MU mungkin juga dicetuskan oleh pemnyokong kelab lain yang berasa dengki dengan MU.

Di atas sikap yang sama juga lah maka nasib malang telah menimpa kartun Pokemon. Oleh sebab tukang karut bodoh yang telah menyemakkan email pengguna muslim dengan makna Pokemon dengan maksud tuhan di dalam sebuah bahasa yang tidak popular, maka hal ini telah di bawa ke meja fatwa ulama. Keputusannya, kartun Pokemon telah diharamkan dengan beberapa alasan yang tidak munasabah. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, sebab antara ulama yang mengeluarkan fatwa sedemikian ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi. Saya tetap menghormati beliau, sebab buku-buku dan himpunan fatwanya adalah yang paling banyak di almari buku saya, walaubagaimanapun di dalam hal ini saya tidak bersetuju dengan beliau. Bukan sebab saya meminati kartun pokemon, tetapi sebab punca sebenar fatwa ini dikeluarkan dan saya amat yakin fatwa ini dikeluarkan tanpa merujuk kepada ahli di dalam bidang yang dilibatkan - hal ini boleh dilihat kepada hujjah-hujjah yang telah diberikan.
Kategori: Islam · semasa
Tagged: Islam
Ahad yang lalu, pada 5 Julai 2009 telah berlangsung sebuah bengkel penulisan anjuran al-Fikrah.Net di dewan konvensyen di Masjid al-Ghufran.

Sesi 1 - Pn Hazliza, Berita Harian
Antara tugas penting yang diamanahkan kepada saya ialah mengutip duit yuran para peserta, dan sebagai jurugambar pada hari bengkel itu berlangsung

Para Peserta Bengkel Penulisan AFN
Alhamdulillah, saya berasa amat bertuah sekali kerana telah diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar rasmi untuk event ke dua terbesar anjuran AFN. Inilah matlamat utama saya memiliki sebuah kamera DSLR, iaitu membantu merakam detik-detik untuk event yang bersifat islamik sebegini.

Sesi Ke-2 oleh Pn Fatimah Syarha
Saya tidak mencari keuntungan dengan pengetahuan photography yang tidak seberapa dan kamera DSLR tahap begginer, melainkan keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Maka kerana itulah saya tidak pernah berminat untuk join outing merakam gambar burung, perlumbaan, model atau apa sahaja yang saya fikir tidak memberi pahala dan mendekatkan diri kepada Allah azza wajalla.

Kapten Hafiz Firdaus menerima sumbangan daripada Ustaz alamghiri setelah beliau mengakhiri Sesi Ke-3
Semoga semua peserta bengkel mendapat banyak manfa’at daripada event ini. InsyaAllah saya juga akan bersama dengan kalian semua menghasilkan karya penulisan berbentuk ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar. Semoga kita semua berjaya dan diberi kekuatan mental dan fizikal oleh Allah Ta’ala.
Kategori: Islam
Tagged: Islam
Mei 25, 2009 · 1 Komen

Buku rujukan utama saya
Ketika saya mempelajari bahasa ‘arab dengan Xifu Nasser (seorang pensyarah di UIA) , beliau telah membawakan banyak bahan-bahan bacaan klasik karangan ulama’ dahulu untuk latihan. Disamping itu, beliau juga telah sediakan terjemahan untuk beberapa perkataan untuk memudahkan kami para pelajar. Nasihat beliau, agar kami memperbanyakkan membaca karangan-karangan ulama’ dahulu kerana ternyata memang sukar, dan itulah yang terbaik. Biarlah bersusah-susah dahulu, dan bersenang-senang kemudian. Lagipun matlamat utama mempelajari bahasa ‘arab ialah untuk membolehkan kami membaca kitab-kitab ‘arab lama.
Oleh itu saya telah menggunakan kaedah Xifu Naseer dengan membina sebuah blog khusus untuk latihan pembacaan ‘arab untuk membantu mereka yang berminat mendalami bahasa ‘arab, insyaAllah Moga ada manfa’at.
http://arabic4read.blogspot.com/
(Ma’af , blog ini ditulis di dalam bahasa Inggeris)
Kategori: Islam
Tagged: Islam

Lenguh rasanya tengkuk saya malam tadi kerana tekun membaca novel Seindah Mawar Berduri, karangan Puan Fatimah Syarha, penulis pujaan pelajar IPT masa kini sehingga wujud sebilangan kecil daripada mereka yang tiba-tiba menjadi taksub kepada penulis ini lalu menolak, mengritik dan sehingga menghina novel karangan penulis Islami lain. Tambah mengejutkan saya lagi kerana juga individu muslim yang sanggup menuduh novel Ayat-Ayat Cinta membawa mesej Islam Liberal?!
Lalu akhirnya saya terpaksalah membeli sendiri novel beliau yang bertajuk Seindah Mawar Berduri kerana saya ingin tahu sendiri apa kah keistimewaan novel karangan beliau sehingga menjadikan sebilangan kecil para pelajar universiti yang bermanhaj salafi tiba-tiba menjadi jumud pemikiran mereka di dalam hal remeh seperti ini.
Setelah selesai menghabiskan beberapa bab penting (sebab saya tiada masa hendak membaca semua bab) saya akhirnya senyum sendirian. Saya kemudian tertanya-tanya, apakah sebenarnya perbezaan besar di antara novel Seindah Mawar Berduri dengan Ayat-ayat cinta? Yang saya jumpa ialah matlamat dakwah kedua-dua penulis novel berkenaan yang cuba menonjolkan keindahan Islam dan dunia perhubungan lelaki dan wanita yang suci dari pencemaran budaya kebaratan yang penuh maksiat.
Tambah menarik lagi, oleh sebab penulis Mawar Berduri ialah seorang wanita, sedangkan Ayat-ayat Cinta ditulis oleh seorang lelaki, maka saya ketawa di dalam hati kerana perbezaan perasaan dan gender yang digambarkan di dalam cerita mereka berdua.
Yang terus membuatkan saya tidak henti tersenyum sampai ke telinga walaupun ketika sedang menulis artikel ini lagi ialah bagaimana ironiknya olahan jalan cerita kedua-dua novel berkenaan. Di dalam novel Mawar Berduri, watak utamanya Khazinatul Asrar digilai oleh beberapa orang lelaki sedangkan di dalam novel Ayat-ayat cinta, watak utamanya Fahri digilai pula oleh beberapa orang wanita. Ironik!
Sekali lagi saya ulang, walaupun jalan cerita kedua-dua novel berbeza, tetapi matlamat dan mesejnya sama. Maka saya berasa hairan mengapa tiba-tiba sahaja bangkit sebilangan pemuda yang mengkritik hasil karya penulis lain hanya kerana mereka telah menjadi taksub dengan karya orang lain pula. Apakah ini jenis taksub pesen baru?
Akhir sekali, saya do’akan agar Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha kedua-dua penulis novel berkenaan, dan semoga mereka terus berjaya di dalam usaha mereka menawan golongan pemuda dan pemudi agar mereka hanyut dengan keindahan Islam dan caranya daripa keindahan dunia yang banyak menipu.
Kategori: Islam · buku · semasa
Tagged: buku, cinta, Islam
Mei 11, 2009 · 2 komen
Saya menyokong penuh tulisan Dr Mohd Asri di dalam kolum tetapnya yang antaranya menyebut
Saya berpendapat perbahasan; samada ulama atau professional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu. Apa yang penting kita hendaklah jelas; apakah yang kita kehendaki daripada pemerintahan dan politik? Yang menjadi tanggungjawab politik islami adalah keadilan dan kesejahteraan yang berdasarkan petunjuk wahyu.
Dalam melaksanakan maksud ini, hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.
Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :
“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).
Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.
Rujuk: http://drmaza.com/home/?p=605
Saya juga yakin para penyokong tegar parti-parti yang telah tertutup hati dan mindanya pasti tidak akan bersetuju dengan pendapat Dr Mohd Asri. Walaubagaimanapun saya yakin mereka yang dari kalangan Umat Islam yang sayangkan Islam lebih daripada parti politik dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain pasti akan turut bersetuju dengan beliau.
Kategori: Islam · fikrah · politik
Tagged: Dr Mohd Asri, Islam, politik